Friday, November 12, 2010

Pemilihan PKR Bagaikan Si Luncai Terjun Dengan Labunya

Perebutan jawatan timbalan presiden PKR - yang kini tinggal dua penjuru akibat pengunduran Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon timbalan presiden - dilihat akan lebih menarik dan panas.

Ini kerana, pelbagai persoalan berhubung impak pengunduran calon heavyweight itu masih mendebarkan dan penuh tanya tanya.

Tambahan lagi apabila penyelaras Pakatan Rakyat itu memulakan siri jelajah di seluruh negara, antaranya bagi menjelaskan 'kepincangan' Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) dan menjaja penubuhan 'Keadilan Baru'.

Ketika pemilihan PKR masih dihurung pelbagai kontroversi dan 'dihantui' peratusan keluar mengundi yang rendah, pengundian di 81 lagi cabang 12 pada Jumaat, 41 pada Sabtu dan 28 pada Ahad akan berlangsung seperti biasa mulai hari ini.

Pada minggu pertama pemilihannya PKR dua minggu lalu, peratusan keluar mengundi hanya sekitar sembilan peratus manakala pada minggu kedua hanya meningkat sedikit kepada 12 peratus.

Justeru, parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu dilihat tiada pilihan kecuali menggiatkan jumlah keluar mengundi bagi mengelakkan tanggapan proses '1 undi 1 anggota' itu disambut dingin kira-kira 400,000 ahlinya di seluruh negara.

Dan sasaran itu dilihat melalui jalan penuh berliku ketika calon popular setakat ini Azmin Ali sudah selesa dengan majoriti sebanyak 2,479 undi meninggalkan pencabarnya yang masih kekal Mustaffa Kamil Ayub.

Sumber Bernama
Haprak Setiap Masa

No comments: