Saturday, August 17, 2013

"Isu Kalimah Allah Tidak Sebesar Isu Di Mesir" - Pemuda Pas




KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pemuda PAS menyifatkan kebiadapan duta Vatican City ke Malaysia berhubung isu kalimah Allah sebagai isu kecil berbanding kemelut kejatuhan kerajaan Morsi di Mesir.
Ketuanya Nasruddin Hassan turut berkata isu kalimah Allah itu hanya melibatkan sensitiviti didalam negara tanpa melibatkan peringkat global.
"Isu ini (kalimah Allah) tidak sebesar isu di Mesir," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa PAS tidak menyatakan bantahan terhadap duta Vatican Citi ke Malaysia Biskop Joseph Marino berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.
Sementara itu beliau turut berkata pihaknya telah menyatakan bantahan namun liputan yang tidak meluas membabitkan pihak media menjadikan isu kalimah Allah itu tidak sehebat isu global di Mesir. 
"Kita juga nyatakan bantahan, cuma tidak mendapat liputan meluas daripada media. Kita juga tidak setuju mana-mana pihak untuk membuat penghinaan atau membuat kenyataan yang mencederakan sensitiviti agama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Ibupejabat PAS Pusat di sini hari ini selepas menghadiri mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS kali ke-25.

Sebelum ini penganalisis politik, Prof. Dr. Mohd Zainul Fitri Othman berkata, PAS perlu mengambil tindakan mengecam selaras dengan misi parti tersebut dalam mempertahankan kesucian agama Islam.
"PAS perlu mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan yang dikeluarkan oleh Marino selaras pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan agama lain.
"Namun sehingga kini, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS. Kerana apa? Kerana parti Islam yang tegakkan daulat Islamiah itu sudah bertukar daulahnya untuk ke Putrajaya," katanya dalam rancangan Hello Malaysia di Bernama TV, Saluran 501 Julai lepas.


Sementara itu Nasruddin yang mewakili Pemuda PAS mengutuk tindakan kerajaan sementara Mesir yang menggunakan kekerasan dalam meleraikan himpunan di negara itu.
"Kami Dewan Pemuda PAS mengambil sikap tegas membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya. Mereka (pihak berkuasa Mesir) meleraikan himpunan dengan menggunakan peluru hidup, cara kekerasan. Tindakan yang sangat dikecam."
Oleh yang demikian tambahnya PAS menganjurkan aktiviti bantahan 'Himpunan Munajat 100K' di Dataran Merdeka yang membawa semangat solidariti untuk menarik perhatian dunia supaya turut mengecam tragedi buruk yang menimpa rakyat Mesir.
Selain itu Nasruddin yang juga merupakan ahli Parlimen Temerloh turut menggesa kerajaan supaya mengadakan sidang Parlimen serta mengharapkan Malaysia menggunakan status negara OIC sebagai pendekatan dalam isu berkaitan kemelut di Mesir yang mempunyai kira-kira 90peratus penduduk beragama Islam.
"Kita Pemuda PAs akan menghantar surat ke Dewan Rakyat, Negeri supaya memanggil sidang Dewan Rakyat atau Negeri untuk berbincang sekaligus menubuhkan jawatankuasa khusus bagi memastikan isu ini terus diperjuangkan.
Kita kesal kerana banyak lagi negara Islam masih berdiam diri. Harap Malaysia yang berpengaruh dalam OIC segerakan sikap yang jelas dengan memanggil sidang tergempar di Parlimen atau setidak-tidaknya menghantar pulang duta Mesir,"  ujar beliau. Sumber RAKYAT NEWS

5 comments:

QalamQabut said...

Macam manalah orang tak cakap PAS ni otak sempit dan semput, nak buat A tak boleh dah nak buat B sama. Cita2 besar, nak tegur negara orang, tapi yang dalam negara sendiri tak reti nak jaga.

Dema saja yang tau mana prioriti yang mana tidak. Dema saja yang tau nak buat kerja, orang lain tak layak. So jadilah Himpunan 100K yang dihadiri 200 orang. So jadilah Majlis Potong Kote Anak2 PAS yang disponsor oleh Cinabeng DAP.

Megah sangat le tu!

Apa salahnya kita sesama bangsa sesama agama bekerjasama sokong menyokong bantu membantu dalam memartabatkan Islam, baik di Malaysia maupun di dunia. Tetapi tidak. Politik masih lagi menjadi agenda utama yang menjadi batu penghalang, prioritinya melebihi agama. Takut benar PAS nak bersuara senada dengan UMNO walaupun berkaitan dengan agama, takut disumpah seranah oleh DAP.

Dah ditakdirkan jadi baghal DAP maka terimalah seadanya...

Anonymous said...

PAS???? Hmmm.. tak habis2 ngan PAS, mereka memang macam tu x tahu malu samalah ngan DAPig, lebih bagus kita fokus dekat si Azeez Rahim yg suka songlap duit ni lagi-lagi dia bakal nak jadi chairman Tabung haji hmm... habislaaa kena songlap.Tapi saya nak cakap kat sini sesiapa yg beragama Islam tu pastikan si Azeez Rahim ni tidak akan menjadi chairman Tabung Haji.

QalamQabut said...

Anon August 17, 2013 at 11:21 PM, kalau setakat nak baling taik sembunyi tangan, siapa pun tak peduli. Jangan bagi orang menyampah.

Kalau dah serius sangat nak sedarkan orang, post komen si Azeez Rahim ni kat merata blog, tunjukkan le sikit siapa kamu. Atau bagi le nama apa pun kat diri kamu. Kalau setakat Anon atau Tanpa Nama, orang tak ambil hal.

Satu lagi, nak masukkan komen biar kena dengan tajuk, maybe rasuah /lantikan / salahguna kuasa dll. Kalau kat posting ni aku anggap macam spam aje, walaupun aku tau kamu serius.

Anonymous said...

Kenapa la korang ni x habis2 cerita pasal politik, tapi sy setuju pasal fokus kat Azeez Rahim tu, dia tu mmg x sesuai jadi pengerusi tabung haji da la x de SPM grrr!!! bayangkan kalau dia jadi pengerusi tabung haji habis la duit tabung haji tu pastu dengar cerita dia pernah kene tangkap pasal duit Gaza hari tu tapi tak tau la brape nilai duit tu yg dia songlap.

Anonymous said...

Pas Pis Pus Pus pus - itu nama nya kentut.