Saturday, January 19, 2013

Rayuan anwar al juburi ditolak



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepikan dua daripada tiga pertuduhan yang dihadapinya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April tahun lepas.

Permohonan Ketua Pembangkang itu ditolak selepas Hakim Kamardin Hashim memutuskan bahawa Seksyen 4(1)(c) dan 4(2)(c) akta berkenaan tidak melanggar mahupun bercanggah dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, katanya, seksyen-seksyen tersebut bukan batal dan tidak sah seperti yang dihujah oleh pemohon (Anwar).

"Mahkamah ini mengambil pengiktirafan kehakiman bahawa dengan mempunyai atau membenarkan protes jalanan, ia akan melanggar hak-hak dan kebebasan orang lain di bawah Seksyen 3 akta itu, yang termasuk hak kepada kebebasan bergerak dan hak untuk menjalankan urusan perniagaan," katanya.

Kamardin berkata mahkamah melihat larangan yang dikenakan oleh Parlimen adalah munasabah memandangkan ia adalah untuk melindungi kepentingan keselamatan negara dan mengekalkan ketenteraman awam.

Beliau menegaskan Parlimen dalam menggubal peruntukan yang dipersoalkan iaitu mengharamkan protes jalanan adalah dalam lingkungan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Fasal 2(b) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Kamardin berkata larangan protes jalanan sebagai satu bentuk perhimpunan aman tanpa senjata adalah wajar dalam sesebuah masyarakat demokratik bagi perlindungan moral, hak-hak dan kebebasan orang lain.

"Malah pengalaman sivik telah menunjukkan bahawa hak-hak tidak boleh mutlak kerana ia perlu mengimbangi antara satu sama lain. Proses pengimbangan terhadap satu sama lain melibatkan keperluan, meletakkan had kepada sejauh mana hak-hak ini dinikmati," tegas beliau.

Pada 28 Mei tahun lepas, Anwar telah memfailkan permohonan itu bagi merujuk persoalan perundangan berhubung satu daripada tiga perutuduhan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0 terhadapnya.

Pada 22 Mei tahun lepas, Anwar, 64, dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, 48, serta Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, 34, didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara.

Ketiga-tiga pemimpin PKR itu merupakan kumpulan individu pertama didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kedua iaitu bersubahat menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim untuk membuka halangan besi di Jalan Raja di sini pada hari sama.

Pada 2 Julai, tahun lepas, ketiga-tiga mereka didakwa dengan pertuduhan ketiga iaitu bersubahat dengan Tangam, Rajesh dan Farhan dan lima penyokong 'Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengingkari perintah Mahkamah Majistret yang dikeluarkan pada 26 April 2012 yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei tahun lepas.

Peguam Anwar, Karpal Singh memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada Isnin ini dan juga penggantungan permohonan untuk semua prosiding di Mahkamah Seksyen sementara menunggu keputusan rayuan.

Semasa prosiding hari ini, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad.

-Bernama



6 comments:

dara fonu said...

Hi tan, exchange link with me plz

bong dom said...

Oii Wak Labu, jika anda masih anggap diri anda Islam, carilah kebenaran... Allah berikan akal utk berfikir... melainkan anda tergolong dlm kumpulan yg sama..

http://tunhisyamuddin.blogspot.com/

bong dom said...

sila bertukar laman web saya
http://joezuax.blogspot.com/
Terima kasih untuk jenis anda

Kump. Pemuda, Puteri UMNO BERSARA Dari UMNO said...

Lihat BUKTI jelas kenapa kami BERSARA awal dari UMNO...

BUKTI 1
BUKTI 2
BUKTI 3
BUKTI 4

Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)

Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah....
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6

Anonymous said...

Lantak ler ko labu...bg aku xsalah nk beri wajah baru pd UMNO utk kekal relevan pd msa kini asalkn utamakan Melayu & Islam.Mmg ada cacat cela nya tp msh dpt diperbaiki.Tp klo dh korup cm sampah PAKATAN..nk nasihat pon xguno bai!mcai2 kata bukn Anu dlm video seks tu..bkn Mustapha Ali dlm video tu..padahal muka dh sah2 lg sahih muka diaorg!plg best,DAP komunis tergelak2 lihat Pas hancor sejak PKR ajak msuk PAKATAN..renung2la!

Gombug said...

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...