Saturday, January 19, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat Satu Ujian Untuk tikus





Pada Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 yang lalu,pelbagai andaian dan pendapat telah di rumus kan oleh pelbagai pihak.Pendapat ini pula datang dari 2 pihak baik dari Pakatan Rakyat mahu pun dari pihak Barisan Nasional.Namun tetap terselit cubaan mahu memenang kan pihak masing masing.
Jika kita tolak ketepi kisah himpunan dan kita terus  mem”focus” kan kepada tujuan himpunan itu di ada kan maka beberapa perkara akan dapat di lihat dengan jelas dan terang.Tentu sekali pendapat yang bakal di hujah kan ini kelihatan “bias” atau condong kepada pihak pemerintah, tetapi apa yang perlu di lihat dan di teliti ia lah fakta dan kedudukan pendapat ini.
Jika di lihat dari ucapan dan ceramah serta siaran akbar dan media tentang pendapat dan hujahan para pemimpin Pakatan Rakyat tentu sekali tiada lansung unsur unsur kesedaran bahawa kemenangan lalu ada lah di bawa arus “Tsunami”  kerana kesilapan BN/UMNO dan kerajaan pimpinan Pak Lah dan “tingkat 4” nya dan bukan kerana kebaikan pembangkang itu sendiri.Maka semenjak kemenangan itu Pakatan Rakyat terus hanyut di dalam dunia hayalan bahawa mereka ada lah kuat dan popular.
Jadi atas kemenangan terkejut ini mimpi pun terus di bina dengan di perkuat kan oleh pasukan media PKR yang di Bantu pihak luar akan bahawasa nya Pakatan Rakyat ada lah kerajaan di pilih dan di sukai dan mula lah kerja meng”hype” kan kekuatan palsu di laksana kan.
Namun hari demi hari kebenaran datang menghantui , Pakatan Rakyat umpama istana  pasir di tepi pantai sahaja, reality mengamit diri nya.Selain itu isu demi isu serta skendel demi skendel mula melanda Pakatan Rakyat. Lepas satu masalah timbul satu masalah lain, ia nya datang bertali arus. Walau pun di counter oleh Pakatan rakyat dengan mencipta isu balas ia nya tidak bertahan lama.Pakatan sudah mula menjadi sesutau liabiliti seperti yang mereka sentiasa ejek dan peril kepada Barisan Nasional.
Setiap isu dan skendel yang timbul dari Pakatan Rakyat cuba di balas dengan andaian bahawa “BN pun sama” atau “UMNO lagi teruk”.Ini membuat kan Pakatan Rakyat seolah olah berlindung diri sebalik perbuatan buruk BN dan UMNO untuk menghalal kan keburukan nya. Perkara begini tentu tidak boleh bertahan lama, jika ini jawapan Pakatan Rakyat, tentu rakyat akan berpendapat “jika BN/UMNO pun sama dengan kamu buat apa kami tukar dengan kamu?”
Bayang kan lah isu dan perkara berikut dan bagaimana impak nya kepada Pakatan Rakyat, :-
1)      habuan tanah Nik Aziz kepada DAP yang di lihat sebagai rasuah
2)      isu amanat hj Hadi yang cubadi “lapuk” kan oleh PAS tapi gagal
3)      pemilihan Hj Hadi sebagai PM dari PAS
4)      kes Anwar dengan Shamsidar V Nallakarupan datang menghantui
5)      manipulasi undi oleh DAP untuk memasukan bakal calon PM Zairil Khir
6)      kegagalan mengiktiraf ahli melayu di dalam CEC DAP
7)      kes penyerahan wang rakyat sebagai bail out 1 biilon TALAM
dan lain lain isu yang Pakatan Rakyat gagal menjawap dan cuba menyapu ke bawah permaidani.
Oleh sebab sebab di atas , maka kepimpinan Pakatan Rakyat terasa amat tidak yakin dengan sokongan palsu dan mereka mahu lihat sendiri penyokong nya di depan mata.Mereka tidak mahu lagi hidup berhayal dengan kemenangan dan kekuatan ciptaan sendiri yang selama ini di war war kan sebagai sikoloji peperangan dan presepi , mereka mahu lihat sendiri bentuk sokongan zahir di depan mata .Maka tercipta lah Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 ini.

Kita Tanya , jika selama ini BN dalam keadaan lemah sebagai yang di kata oleh Pakatan Rakyat apakah Pakatan Rakyat mahu berlengah membubar kan DUN di negeri yang mereka perintah? Tentu sekali tidak. Jika mereka bubar DUN pada  hari ini beberapa minggu kemudian sudah mendapat mandat 5 tahun sebagai kerajaan baru. Tetapi itu lah kenyataan nya.
Pakatan Rakyat mula sedar kemenangan terkejut dan tidak di sangka kini sudah habis tempoh nya, rakyat sudah mulai sedar dan pemimpin Pakatan Rakyat juga sedar akan ini.
Boleh lah di kata kan HKR112 hanya lah sebagai ujian makmal  bagi mengukur jauh mana sokongan rakyat secara kebenaran dan nyata  menuntut  itu dan ini sebagai acahan sahaja ,dan peserta yang hadir hanya lah sebagai tikus bahan ujian di makmal sains sahaja.Pada hujung hari kenyataan melanda Pakatan Rakyat, Sebenar nya Pakatan Rakyat lah yang berada di dalam keadaan tertekan dan tidak mustahil “reverse tsunami” bakal melanda Pakatan Rakyat , dan kini cubaan menghalang nya sedang giat di lakukan.
Oleh Chu Lan

No comments: