Wednesday, December 22, 2010

Najib Razak Ciplak Konsep 1 Malaysia?

DS Najib nafi ciplak konsep 1Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan bahawa konsep 1Malaysia diciplak dari negara lain.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai "pendustaan besar", Najib sebaliknya menegaskan konsep yang diperkenalkan sejak beliau mengambil-alih pentadbiran negara itu merupakan ciptaannya sendiri.

"Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain...ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini...tetapi tidak ada di dunia ada "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"," katanya ketikaberucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Kuala Lumpur, Selasa.

Bernama melaporkan dalam nada tegas, Najib berkata, kerajaan melangkah ke hadapan berasaskan kepada realiti dan bukannya sesuatu yang menjadi satu igauan atau yang direka.

"Amat mudah untuk kita buat sesuatu sebagai 'politik janji' tetapi apakahperkara itu yang berdasarkan pendekatan yang amat populis akhirnya akan menguntungkan kita atau sebaliknya?," soal beliau sinis.

Najib berkata, untuk membangunkan negara dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, harus mendokong dan melaksanakan dasar-dasar yang juga penuh tanggungjawab.

"Kerajaan bertanggungjawab memerlukan dasar-dasar yang bertanggungjawab...bukannya sesuatu yang kita lemparkan sebagai janji tetapi tidak berasas kepada realiti sebenar," katanya.

Najib sebelum ini dibidas beberapa pihak, khususnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya kerajaan, melalui firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide menciplak konsep 1Malaysia, berdasarkan konsep OneIsrael yang dicipta syarikat itu untuk Israel pada 1999.

Dakwaan itu menyebabkan Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati dakwaan itu tidak benar
Haprak Setiap Masa

No comments: