Wednesday, December 8, 2010

BN perlu Lebih Kuat

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Kemajuan negara akan lebih terjamin jika dasar kerajaan untuk mentransformasi negara didokong oleh sebuah parti politik yang kukuh, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, kejayaan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Ahad lepas akan menjadi sia-sia jika apa yang telah dicapai tidak dijadikan panduan dan pegangan oleh semua parti komponen.

"Saya lihat konvensyen ini telah membawa banyak kejayaan, kita harap ia akan jadi pegangan oleh semua parti dalam BN supaya ia bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan tetapi juga mengukuhkan prinsip kerjasama untuk membangunkan rakyat dan negara agar terus maju di tahun-tahun yang akan datang," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar "Peranan Agama dalam menangani masalah sosial" di sini hari ini.

Abdullah berkata apa yang penting dalam menjayakan dasar transformasi negara dan Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah keyakinan rakyat terhadap wujudnya sebuah parti yang kukuh.

"Tanpa kekuatan parti politik, tanpa komitmen daripada mereka terhadap apa yang kerajaan akan buat dan tanpa jaminan perpaduan di kalangan mereka sendiri, kita tidak mampu untuk mencapainya," katanya.
Haprak Setiap Masa

No comments: