Thursday, January 20, 2011

Kehebatan Malaysia

‎​Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi.
Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang 'mengeteh'.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja
sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi,
papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak
zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja
sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah
petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah
mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya
persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah
tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah
kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato'..

Menteri Malaysia : (sambil 'menjeling kerek' ke menteri Jepun dan
Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman
purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS
Haprak Setiap Masa

1 comment:

karl said...

mohon link http://wicararumi.bolgspot.com