Wednesday, December 1, 2010

Tindakan Tegas Terhadap Perokok

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan kini menimbang melaksanakan langkah lebih tegas dalam menangani gejala rokok haram termasuk mengenakan tindakan terhadap orang ramai yang didapati membeli, memiliki dan menggunakan bahan itu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata kementerian juga menimbang untuk mengharamkan pengimportan rokok yang jenamanya sering ditemui di pasaran sebagai rokok yang dibawa masuk secara haram.

"Kita akan berbincang dengan penasihat undang-undang sama ada langkah-langkah ini termasuk mengenakan tindakan kepada orang ramai boleh dilaksanakan. Buat masa ini hanya peniaga sahaja dikenakan tindakan," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Dr Hasan berkata, langkah lain yang turut dipertimbang ialah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menarik balik atau membatalkan lesen peniaga yang didapati menjual rokok haram itu.

Katanya, semua langkah itu perlu bagi membendung kemasukan rokok haram ke negara ini yang dipercayai mencakupi 40 peratus daripada pasaran rokok tempatan.

Dr Hasan berkata, gejala rokok haram itu bukan saja menjejaskan pendapatan negara tetapi juga boleh mengancam kesihatan pengguna.

Katanya, ini kerana paras kandungan tar dan nikotina dalam rokok haram tidak dipantau dan parasnya mungkin jauh melebihi daripada yang dibenarkan.
"Kementerian juga tidak menolak kemungkinan ia turut mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya serta boleh menyebabkan pelbagai penyakit," katanya.

Dr Hasan berkata, sepanjang tahun ini sehingga Oktober lalu, pihaknya mengeluarkan 8,861 kompaun bernilai kira-kira RM1.9 juta kerana pelbagai kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Katanya, sebanyak 5,333 kes pula dibawa ke mahkamah dengan nilai rampasan RM148,723.37.

Sumber Bernama
Haprak Setiap Masa

2 comments:

hisham said...

memang agak susah nak menghapuskan penjualan rokok seludup nih.
tapi,yang menjadikan ianya bertambah susah ialah pihak berkuasa itu sendiri.
kerja sikit bising saja lebih.
pengedar rokok seludup ini adalah peniaga2 yang memang ada menjual rokok yang dibayar cukai.
kawasan chowkit dan pasar selayang saja bolih kata sebahgian dari peniaga yang menjual rokok ada menimpan rokok seludup.
untuk kawasan pasar borong selayang saja ada 3 kedai secara terang menjual rokok seludup..
cuba pergi ke kedai aceh..fajar tu.
baru ni ada satu lagi cawangan baru dibuka,kedainya diantara eon bank dan bank islam pasar borong selayang.
cuma kalau terus masuk minta rokok seludup memanglah dia orang kata tak jual.
rokok seludup bukan mereka pamerkan depan2 kaunter tu.
bukan cakap besarlah...kalau setakat hendak beli rokok gudang garam seludup satu karton hari2 bolih dapat.
bukan tak mahu lapor pada pihak berkuasa,cuma tidak mahu jadi nasib penggali perigi,kita teruk2 gali orang lain yang senang2 minum air.
dikawasan jalan raja alang saja 5 kedai milik orang aceh yang menjual rokok.
berapa sangat untung jika mereka jual rokok yang dibayar cukai.
yang peliknya..pihak kastam ini pula bingai semacam saja.
adakah masa buat operasi baru2 ini mereka bolih pergi parking van kastam dibahu jalan setiap hari selama dekat sebulan.
hendak menunjuk konon mereka buat kerja.
tapi rupa anggota kastam pun tak nampak sebab cermin kenderaan tersebut digelapkan.
apa mereka buat?....
ada juga pendatang dari indonesia yang masuk menggunakan feri dipelabuhan bawa rokok dalam kuantiti yang banyak,sampai disini mereka jual rokok tersebut kepada warga mereka.
siapa yang lepaskan rokok2 tersebut dibawa masuk?..
semuanya kerana MASYUUUUUK....ADA MASYUUUUUUUUUK....BOLIH LA BAWA MASYUUUUUUUUUK.
rakyat dibawah tahu benda ini semua....
menteri pun tahu,pengarah2 pun tahu,pegawai atasan pun tahu...anggota bawahan lagi lah tahuuu....
tapi...sebab ada MASYUUUUKK.....mereka jadi tidak sedar...tidak sedar apa yang berlaku...
tak percaya?...cuba tanya pengarah kastam dan badan penguatkuasa yang lain2.
jawapam mereka mudah.."PIHAK KAMI TIDAK SEDAR PERKARA INI ADA BERLAKU"
atau pun jawapan lebih lunak didengar ialah ayat ini.."KAMI SEDAR CUMA KAMI KEKURANGAN ANGGOTA UNTUK BUAT PEMANTAUAN"..
sebenarnya bukan kekurangan anggota tetapi ramai anggota mereka tidak amanah,malas,berlagak dengan kuasa dan salah guna kuasa.
KUANTITI SAJA BANYAK,TAPI KUALITI TIDAK ADA APA GUNANYA...
menghabiskan wang rakyat saja.

Dot said...

assalamu'alaikum hisham,

daripada jadi penggali harta karun haram lebih baik jadi penggali telaga atau kubur, besar pahalanya tu nak hisham oi! beratus, ribu orang minum air dari telaga yg nko korek, lepas tu bila orang hilang dahaga, mrk akan kata 'Alhamdulillah, siapalah yg begitu mulia hati mengorek telaga ni? moga Allah SWT membalas kebaikannya di dunia & akhirat!'
haa! kan banyak pahala dapat?

apa salahnya kita report ka penguatkuasa benda2 yg boleh menyelamatkan negara dari penjarah2 tu? mcm mrk yg menjual barang2 haram macam tu? memangla setiap kali serbuan berjaya dilakukan, nama orang2 yg memberi maklumat tidak akan disiarkan utk keselamatan pemberi maklumat jugak. kalau awak nak nama disiarkan, sanggupka ambik risiko dikejar, diugut @ dibunuh? bukankah lebih baik jika kita berbuat kebaikan Allah jua yg Maha Mengetahui?

maafla hisham kalau nasihat ini menyentuh hati. aku duduk di kampung ni tak dak pulak kegiatan2 menyeludup/menjual barang2 haram ni. kalau ada, nak jugak tulong report! hehehehe....