Wednesday, August 28, 2013

DUA PASANGAN YANG PERNAH MENGHINA ISLAM TAK PATUH ARAHAN YANG DI BERI OLEH PIHAK BERKUASA


Pastinya anda tidak akan lupa dengan pasangan seks yang penuh kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee. Nampaknya pasangan itu kembali aktif apabila akaun laman sosial Twitter mereka beroperasi semula.Jika dilihat,pasangan itu kembali aktif pada 26 Ogos lalu dengan membalas komen-komen yang dilontarkan oleh peminat mereka.


Pada masa yang sama,timbul persoalan dibenak fikiran pelayar laman sosial Twitter apabila mereka dikatakan telah melanggar arahan mahkamah.Pada 26 Julai lalu,Hakim Mohd Azman Husin membenarkan pasangan itu diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu daripada tiga tuduhan terhadap mereka yang berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam ‘Selamat Berbuka Puasa’ di Facebook dan memuat naik gambar-gambar lucah di blog mereka.

Beliau turut memerintahkan supaya pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.Mahkamah turut melarang mereka memuat naik artikel,komen,gambar lucah atau jelek serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.Selain itu,mereka juga dihalang daripada menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet untuk memuat naik gambar,komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.


Apa yang cuba pasangan ini lakukan setelah mereka dilihat ingkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah tempoh hari? Mahkamah mana yang keluarkan arahan membenarkan mereka mengakses internet? Bagaimanapun pasangan itu haruslah berhati-hati supaya sebarang kenyataan atau komen yang dikeluarkan tidak mencetuskan ketegangan antara kaum. - MyNewsHub

Monday, August 26, 2013

KURANG AJAR !!! DS @SHABERYC !!! REJIMEN ANARKI MENGHINA SULTAN !!! @PDRMSIA TOLONG SIASAT !!!


satu lagi penghinaan terhadap Sultan telah berlaku.sebelum ini Rakyat telah dikejutkan dengan seorang pentaksub PAS yang sudah berkira-berkira mahu MENGHAPUSKAN INSTITUSI SULTAN DAN RAJA menjelang tahun 2030.sekiranya anda belum tahu isu ini


UNTUK SELANJUTNYAsaya yakin gerakan terancang ini tidak hanya tertumpu kepada individu pentaksub PAS ini sahaja,malah gerakan MENGHAPUSKAN INSTITUSI SULTAN DAN RAJA ini dijalankan secara sistematik dengan melakukan 'character assasination' terhadap para Sultan.anda nak lagi gambar.lihat di bawah









ANDA NAK LINK FB ???


UNTUK SELANJUTNYA 

kepada Datuk Seri Shabery Cheek saya minta tolong siasat puak-puak PR yang suka menghina Raja ini.tolong cari sampai lubang cacing.kalau tidak,jangan terkejut pulak kalau mereka ni jatuhkan negara dengan membuat macam-macam lagi hal sekiranya semua ini berleluasa.

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, August 23, 2013

Tiada Maklumat Pelajar Malaysia Ditangkap di Mesir


KUALA LUMPUR 23 Ogos - Kerajaan masih menanti kenyataan rasmi daripada pemerintah kerajaan Mesir ketika ini mengenai dakwaan yang mengatakan terdapat pelajar Malaysia di negara tersebut ditahan ekoran menyertai demonstrasi jalanan bersama rakyat Mesir.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Tajuddin berkata, sehingga hari ini tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan kerajaan Mesir bagi menyokong dakwaan tersebut.

"Ini merupakan satu spekulasi, kepastian (terhadap penangkapan pelajar akan terjawab) apabila kerajaan Mesir hantar (kenyataan) kepada kepada kita bahawa ada rakyat Malaysia ditangkap dan sebagainya barulah saya akan umumkan kenyataan kemudian," katanya kepada pemberita ketika menyambut kepulangan 365 pelajar Malaysia dari Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.

Kepulangan kesemua pelajar tersebut diterbangkan khas dengan menaiki pesawat Air Asia X dari Cairo dan mendarat di KLIA kira-kira jam 7.30 pagi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan P Kalamanathan dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Hamzah kemudiannya menyarankan agar rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir untuk tidak melibatkan diri dalam siri demonstrasi politik yang berlaku di negara bergolak tersebut.

Jelasnya, Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk berkecuali dalam hal ini justeru rakyat Malaysia yang masih berada di negara tersebut khususnya pelajar, mengambil pendekatan yang lebih relevan dalam membuat sesuatu keputusan.

"Kementerian Luar telah menasihatkan supaya tiada rakyat Malaysia sama ada pelajar atau warga biasa yang tinggal di Mesir untuk campur tangan dalam konflik yang ada di sana.

"Kalau ada, mereka ditangkap kita (kerajaan) tidak akan bertanggungjawab kerana kita telah mengeluarkan kenyataan yang benar-benar tegas supaya jangan sekali-kali cuba campur tangan," tegasnya.
Sumber Rakyat News

Wednesday, August 21, 2013

Konsert Metallica: Adakah Unit Amal Pas Akan Gempur Stadium Merdeka Malam Ini ?


Puak-puak Pas sekarang sedang melalak membantah konsert Metallica yang diadakan di Kuala Lumpur. Lihat sini , sini dan sini.

Dulu dalam tahun 80, 90an konsert Pujaan 10 Nescafe pun puak-puak Pas boleh baling botol , kayu dan bermacam-macam objek untuk gagalkan konsert. Kita tunggu dan lihat samada Pas berani buat atau tidak di konsert Metallica ?

Pas tak perlu nak cakap banyak. Jika Pas betul-betul tak setuju dan membantah keras konsert tersebut, kita cabar Pas menurunkan panglima-panglima tempang iaitu unit amal Pas berkumpul depan stadium dan halang Metallica serta semua penonton yang sudah beli tiket dari masuk ke dalam stadium. Gagalkan konsert tersebut habis-habisan....

Kita nak tengok samada polis, Haji Hadi atau pemimpin-pemimpin Pas yang akan menggagalkan rancangan unit amal itu ?

Pemimpin DAP atau PKR batuk ja...urat dawai tulang besi unit amal Pas akan bertukar jadi urat tali tulang plastik. 

Pergilah....kalau dasar parti sendiri perjuangan negara islam pun boleh gugurkan demi memuaskan hati DAP dan PKR. Apa sangat setakat konsert Metallica.....
Sumber RBF Online

Tuesday, August 20, 2013

Video Hapus Kuasa Raja Melayu : PPIM Buat Laporan Polis


KUALA LUMPUR 20 Ogos- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah video di laman sosial Youtube yang ingin menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu menjelang tahun 2030.
Penasihat PPIM, Tunku Azwil berkata, tindakan individu di dalam video tersebut yang digelar Ustaz Wan Ji merupakan penentangan ke atas perlembagaan selain mengkhianati bangsa melayu di dalam negara ini.
" Tindakan ini mengkhianati perlembagaan yang telah termaktub dan merupakan penghinaan ke atas bangsa melayu," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.
Turut hadir membuat laporan tersebut ialah wakil Pemuda MCA, Chong Sin Woon dan Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia,Dzulkarnain Taib.
Azwil menjelaskan, tindakan tersebut adalah penderhakaan ke atas kuasa Sultan dan kerajaan perlu mengambil tindakan serius berhubung perancangan yang dibuat oleh individu di dalam video tersebut.
Katanya, siasatan terperinci perlu dilakukan memandangkan gerakan tersebut telah mula ditubuhkan sejak tahun 2011 dan dikhuatiri mempunyai organisasi terancang yang telah mula melakukan perancangan tersebut.
" Kita gesa kerajaan mengambilkan tindakan sewajarnya ke atas individu-individu ini kerana mereka menderhaka kepada kuasa Sultan.
" Kita perlu siasat kerana ternyata mereka telah mempunyai organisasi terancang dan adalah bahaya jika kita tidak banteras perkara ini," katanya.
Beliau menambah, tindakan individu bergelar 'Ustaz' itu yang menyamakan Sultan di negara ini dengan pelbagai gelaran boleh dianggap sebagai kurang ajar.
Klip video berdurasi 3 minit tersebut telah mula dikesan di dalam laman sosial Youtube semenjak bulan Jun memaparkan seorang individu melukiskan pelan perancangan untuk menjatuhkan kuasa Raja-Raja Melayu bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik.
Individu tersebut melukiskan pelan tersebut di atas papan putih di hadapan beberapa orang di dalam sebuah bilik tertutup.
Sementara itu, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib berkata, pihak polis perlu menyiasat latar belakang kumpulan tersebut kerana dibimbangi mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas antarabangsa.
" Kita bimbang individu bergelar Ustaz ini mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas antarabangsa seperti yang telah berlaku di beberapa negara Arab," ujarnya.


Pemuda UMNO Tentang Peminjam Tegar PTPTN Disenarai Hitam



KUALA LUMPUR 20 Ogos - Hasrat kerajaan meneyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) ditentang oleh Pergerakan Pemuda UMNO.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan seharusnya mengambil pendekatan lain bagi mengumpul kembali dana yang dipinjam dari badan tersebut dan bukannya menyenaraihitamkan dibawah CCRIS.

"Keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam," katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Menurut Khairy, hutang pendidikan PTPTN merupakan keperluan bagi meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan ianya bukanlah pinjaman pilihan peribadi seperti pinjaman kad kredit atau pinjaman kenderaan.

"Harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi dan keperluan memiliki kelulusan sama ada diploma mahupun ijazah adalah penting bagi pembangunan kerjaya dan intelektual seseorang anak muda," katanya.

Jelasnya, PTPTN harus menggunakan kaedah yang lebih efisyen bagi memberi imej yang lebih baik terhadap badan yang memberi bantuan kepada golongan muda untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi

Pandangan Khairy turut dikongsi Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia Muhammad Safwan Anang yang menganggap tindakan memasukkan peminjam PTPTN yang ingkar dibawah CCRIS akan membebankan golongan muda.

“Walaupun kami menuntut PTPTN dimansuhkan, namun tindakan yang boleh menyebabkan penyenaraian hitam nama kepada peminjam PTPTN itu perlu dikaji semula," ujarnya.

Monday, August 19, 2013

10 Ribu Rakyat Maghribi Protes Kekejaman di Mesir

 


RABAT 19 Ogos - Hampir 10,000 rakyat menyertai demonstrasi di ibu negara Maghribi ini sebagai membantah tindakan kejam pihak keselamatan Mesir.

Perarakan yang membawa sepanduk mengutuk operasi ketenteraan itu telah meragut beratus-ratus nyawa penunjuk perasaan serta menuntut supaya dikembalikan semula kuasa pemerintahan kepada bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi.

Mereka turut melaungkan hasrat untuk pengusiran Duta Mesir ke Maghribi.

“Askar sepatutnya melaksanakan tanggungjawab mereka mempertahankan keselamatan negara dan bukannya membunuh rakyat sendiri," kata ahli akademik, Driss Leghroudi. - AFP.

Saturday, August 17, 2013

"Isu Kalimah Allah Tidak Sebesar Isu Di Mesir" - Pemuda Pas




KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pemuda PAS menyifatkan kebiadapan duta Vatican City ke Malaysia berhubung isu kalimah Allah sebagai isu kecil berbanding kemelut kejatuhan kerajaan Morsi di Mesir.
Ketuanya Nasruddin Hassan turut berkata isu kalimah Allah itu hanya melibatkan sensitiviti didalam negara tanpa melibatkan peringkat global.
"Isu ini (kalimah Allah) tidak sebesar isu di Mesir," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa PAS tidak menyatakan bantahan terhadap duta Vatican Citi ke Malaysia Biskop Joseph Marino berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.
Sementara itu beliau turut berkata pihaknya telah menyatakan bantahan namun liputan yang tidak meluas membabitkan pihak media menjadikan isu kalimah Allah itu tidak sehebat isu global di Mesir. 
"Kita juga nyatakan bantahan, cuma tidak mendapat liputan meluas daripada media. Kita juga tidak setuju mana-mana pihak untuk membuat penghinaan atau membuat kenyataan yang mencederakan sensitiviti agama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Ibupejabat PAS Pusat di sini hari ini selepas menghadiri mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS kali ke-25.

Sebelum ini penganalisis politik, Prof. Dr. Mohd Zainul Fitri Othman berkata, PAS perlu mengambil tindakan mengecam selaras dengan misi parti tersebut dalam mempertahankan kesucian agama Islam.
"PAS perlu mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan yang dikeluarkan oleh Marino selaras pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan agama lain.
"Namun sehingga kini, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS. Kerana apa? Kerana parti Islam yang tegakkan daulat Islamiah itu sudah bertukar daulahnya untuk ke Putrajaya," katanya dalam rancangan Hello Malaysia di Bernama TV, Saluran 501 Julai lepas.


Sementara itu Nasruddin yang mewakili Pemuda PAS mengutuk tindakan kerajaan sementara Mesir yang menggunakan kekerasan dalam meleraikan himpunan di negara itu.
"Kami Dewan Pemuda PAS mengambil sikap tegas membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya. Mereka (pihak berkuasa Mesir) meleraikan himpunan dengan menggunakan peluru hidup, cara kekerasan. Tindakan yang sangat dikecam."
Oleh yang demikian tambahnya PAS menganjurkan aktiviti bantahan 'Himpunan Munajat 100K' di Dataran Merdeka yang membawa semangat solidariti untuk menarik perhatian dunia supaya turut mengecam tragedi buruk yang menimpa rakyat Mesir.
Selain itu Nasruddin yang juga merupakan ahli Parlimen Temerloh turut menggesa kerajaan supaya mengadakan sidang Parlimen serta mengharapkan Malaysia menggunakan status negara OIC sebagai pendekatan dalam isu berkaitan kemelut di Mesir yang mempunyai kira-kira 90peratus penduduk beragama Islam.
"Kita Pemuda PAs akan menghantar surat ke Dewan Rakyat, Negeri supaya memanggil sidang Dewan Rakyat atau Negeri untuk berbincang sekaligus menubuhkan jawatankuasa khusus bagi memastikan isu ini terus diperjuangkan.
Kita kesal kerana banyak lagi negara Islam masih berdiam diri. Harap Malaysia yang berpengaruh dalam OIC segerakan sikap yang jelas dengan memanggil sidang tergempar di Parlimen atau setidak-tidaknya menghantar pulang duta Mesir,"  ujar beliau. Sumber RAKYAT NEWS