Friday, October 21, 2011

Senator Ezam Disaman Portal Malaysiakini Atas Fitnah Yang Dilemparkan


Kuala Lumpur 21 Okt - Malaysiakini hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas fitnah yang dilemparkan oleh YB Senator Ezam Mohd Nor ke atas portal berita itu.

Malaysiakini juga menuntut mahkamah mengeluarkan arahan untuk menghalang plantif dari terus mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun penulisan mengaitkan Malaysiakini dimana mana medium.

Peguam bagi pihak Malaysiakini berkata, fitnah yang dilakukan senator Ezam Mohd Nor adalah amat berat dan tidak wajar dilakukan oleh seorang yang bergelar Yang Berhormat ke atas portal berita Malaysiakini.

Menurut Peguam Edmond Bon "Pada pandangan kami fitnah seperti ini tidak patut berlaku dalam sebuah negara demokrasi seperti ini," katanya dalam sidang media selepas memfailkan saman itu di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Untuk makluman Malaysiakini diwakili peguam Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Edward Saw, K Shanmuga dan Aston Paiva.

2 comments:

anak kel said...

jangan takut lawan tetap lawan.aku sokong ezam.

AntaraPos said...

*VIDEO* Detik Cemas Perhimpunan Mahasiswa 1 Januari 2012 Di UPSI | http://www.youtube.com/watch?v=mvwn1TVX8m8 | http://www.antarapos.com