Friday, October 22, 2010

Apa Kata Rais Tentang Blogger?

Ini ulasan terbaru Rais Yatim mengenai blog….
"Memang alam maya ini bunyinya alam maya, tetapi undang-undang negara mesti dipatuhi," kata Datuk Seri Rais Yatim petang Jumaat.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata demikian bagi menjawab desakan perwakilan UMNO yang mahu kerajaan bertegas dengan golongan yang sengaja menyebarkan berita palsu menerusi internet.
Menurut beliau, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta polis sudah melengkapkan siasatan terhadap 15 kes yang melibatkan blog dan portal yang dikatakan menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu.

Beliau berkata laporan siasatan kesemua kes itu juga sudah dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Jadi kita nak menekankan bahawa kerja-kerja siasatan dan susulan, beres di peringkat polis dan SKMM," katanya.

Menurutnya kini terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada hendak memulakan pendakwaan terhadap blog dan portal berkenaan.

Dr Rais berkata beliau turut bersetuju dan menyokong pandangan umum supaya penguatkuasaan undang-undang diperketatkan, dan mereka yang bersalah dikenakan hukuman tegas.
Rais sendiri sebelum ini membuat laporan polis terhadap tiga blog yang mendakwa anaknya terlibat dalam satu rundingan perniagaan yang melibatkan agensi di bawah kementeriannya.

Tindakan Rais itu kemudiannya diikuti dengan desas-desus mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 'terkilan' dengan tindakan beliau.

Bagaimanapun, kata Rais, membuat laporan polis itu merupakan hak beliau seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang negara ini.

Salah seorang blogger yang diadu Rais, Datuk Ahirudin Atan atau lebih dikenali Rocky Bru memberitahu Agendadaily, Rais salah membaca posting di blognya, kerana beliau hanya menyoal mengenai dakwaan itu bukannya membuat tuduhan
Haprak Setiap Masa

No comments: