Monday, September 27, 2010

Mesyuarat PKR Kecoh

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Kekecohan yang berlaku semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh negara didakwa berpunca daripada calon-calon mendapat 'restu' penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pencabar jawatan Timbalan Presiden, Azmin Ali tidak dipilih oleh ahli.

Bekas Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Anuar Shaari berkata, ia jelas membuktikan bahawa parti itu langsung tidak bertunjangkan kepada kepentingan ahli akar umbi tetapi sebaliknya berpaksikan kepada agenda peribadi pemimpin tertentu sahaja.

Sambil menyatakan keadaan itu amat serius, Anuar mendakwa ia berpunca kerana langsung tiadanya unsur ketelusan dan keadilan dengan kuasa dipusatkan sepenuhnya kepada Anwar dan Azmin semata-mata.

"Segala-galanya perlu selari dengan hasrat Anwar dan Azmin, sekiranya calon-calon yang ditaja mereka tidak beroleh kemenangan seperti dirancang, pasti akan ada tangan-tangan ghaib menggagalkan perjalanan mesyuarat termasuk mencetuskan kekacauan.

"Ia juga bukti bahawa PKR bukannya parti yang menjaga kepentingan ahli akar umbi, hasrat mereka langsung tidak diendahkan kerana apa yang paling utama adalah agenda Anwar dan Azmin tercapai," dakwa beliau.

Annuar berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas mengenai kekecohan dan kekalutan yang berlaku sepanjang perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR.

Menurut sebuah portal berita dalam talian, FreeMalaysiaToday (FMT), antara kekecohannya seperti apa yang berlaku dalam mesyuarat di Subang yang terpaksa ditangguhkan disebabkan masalah teknikal pada kertas undi.

Kata FMT, masalah itu berlaku ekoran terdapat kesilapan nama-nama calon yang bertanding hari ini yang memaksa pengundian ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Namun cabang berkenaan telah memutuskan pencalonan bagi peringkat pusat iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden.

Sementara itu, tambah FMT, di Cabang Kapar, Selangor, mesyuarat terpaksa ditangguhkan apabila berlaku provokasi antara penyokong calon yang bertindak di luar kawalan termasuk mengoyak kertas undi sehingga memaksa pegawai Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membatalkan proses pengundian yang sudah pun bermula sejak pagi.

Selain itu, kata FMT, Cabang Klang dan Petaling Jaya Selatan turut ditangguhkan ekoran daripada kekecohan yang berlaku setelah difahamkan 'orang-orang Zaid' sedang mendahului calon tajaan Anwar dan Azmin.

"Pergaduhan besar berlaku di Cabang Klang apabila gengster masuk campur. Kotak-kotak undi dan kerusi dibaling. Cabang Kapar, enam kumpulan bertembung sesama sendiri. Keadaan sama juga berlaku di Cabang Kota Raja," kata sumber.

Kata FMT, dalam mesyuarat hari ini juga menyaksikan kubu-kubu kuat Azmin rebah kepada Zaid apabila penyandang Cabang Petaling Jaya Utara (Selangor), Elizabeth Wong dan Datuk Kamarul Bahrin Abbas di Teluk Kemang (Negeri Sembilan) tewas kepada pencabar masing-masing.

Keputusan itu bagaimanapun difahamkan mendapat bantahan dan tentangan kuat daripada pasukan Azmin, dakwa FMT.

Di Sabah, kata FMT, kekecohan turut berlaku di Cabang Pesiangan, Sabah apabila seorang calon yang diisytiharkan sebagai muflis bertegas ingin mengekalkan jawatannya.

Kata FMT, keadaan di Cabang Batu Sapi, Sabah juga panas apabila berlaku kekecohan pertandingan bagi jawatan ketua cabang berkenaan.

Difahamkan ia berpunca daripada resit bayaran pencalonan lewat dikeluarkan iaitu kira-kira pukul 10 pagi, sedangkan mesyuarat agung hampir bermula.

Menurut sumber FMT, ia tidak menolak kemungkinan berlakunya unsur sabotaj berikutan kelewatan buku daftar yang sepatutnya dibekalkan oleh PKR pusat kepada caban

Sumber Bernama
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: