Tuesday, November 16, 2010

Khalid Ibrahim Selamatkan Diri

Oleh: BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim nampaknya menjadikan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor (YS) Saifulruddin Sulaiman sebagai 'kambing hitam' dalam kes perbelanjaan membazir sempena sambutan ulangtahun ke-40 yayasan itu yang dijadualkan hari ini (Isnin).

Menurut Khalid, Shaifulfuddin diarah bercuti bergaji bagi memudahkan siasatan kerana siasatan awal mendapati pejabatnya terlibat dengan perbelanjaan yang mengakibatkan Sultan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka.

Timbul persoalan, setakat manakah bidang dan had kuasa Saifulruddin sehinggakan beliau dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap perbelanjaan besar bagi majlis makan tengahari itu dan beberapa program sambutan ulangtahun lain?

Dilaporkan sebelum ini bahawa Khalid tidak mengetahui mengenai sambutan dan perbelanjaan tersebut kerana beliau tidak dimaklumkan mengenainya. Timbul persoalan selanjutnya, bagaimanakah pengurusan dan pentadbiran YS dijalankan?

Bolehkah seorang Timbalan Pengurus Besar meluluskan peruntukan sebesar RM300,000 (atau RM800,000 seperti didedahkan oleh Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar) tanpa pengetahuan Pengurus Besar selaku Ketua Pegawai Ekskutif badan pendidikan itu?

Banyak tanda tanya lagi yang boleh ditimbulkan! Jika benar seseorang Timbalan Pengurus Besar boleh membuat bajet dan dia sendiri meluluskannya, apakah pula peranan Pengurus Besar dalam institusi kebajikan anak-anak luar bandar yang perlu bantuan itu?

Di Yayasan Selangor, ada dua orang Timbalan Pengurus Besar dan seorang lagi ialah Datin Sabariah Ahmad. Bagaimana pulakah jika timbalan ini juga membuat dan meluluskan bajetnya sendiri. Dan apa pula halnya jika ada tiga orang timbalan….?

Sehingga kini, difahamkan Sabaraiah sedang bercuti seminggu gara-gara kemelut yang berlaku dalam YS. Sebelum ini beliau dikatakan telah diarahkan untuk melapor diri ke pejabat SUK kerana kehadirannya dilihat 'menggundah-gelanakan Pengurus Besar ekoran berlegarnya surat-surat layang mengenai dirinya.

Mengenai kemelut RM520,000 melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menaja majlis perkahwinan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muzafar, yang dijadikan sasaran di situ pula adalah Jabatan Perhubungan Awamnya. Jabatan tersebut tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti sehingga selesai siasatan.

Persoalan yang sama juga timbul di perbadanan itu - adakah pengurus jabatan berkenaan layak dan berkuasa meluluskan peruntukan sebesar itu, apatah lagi digunakan untuk kegiatan yang langsung tidak berkaitan dengan pemajuan hartanah.

Nampaknya di PKNS lagi hebat kerana gambaran yang diberikan ialah pegawainya (tak perlu timbalan pengurus besar seperti di YS) boleh buat keputusan dan kerana itulah keseluruhan jabatan perhubungan awam, jabatan yang menjadi penghubung dengan pihak luar dibekukan kegiatannya.

Dalam kedua-dua kes anak syarikat kerajaan negeri itu, apakah peranan lembaga pengarah dan lembaga pemegang amanahnya? Tidakkah kedua-dua lembaga ini mengetahui mengenai perbelanjaan yang luar biasa itu.

Ada dedas desus yang berlegar mendakwa di YS, lembaga pemegang amanahnya cukup cekap 'menutup mulut' pegawai rendah dan kakitangannya dengan menghadiahkan mereka dua bulan bonus berbanding dengan keputusan kerajaan yang memberi RM500 sahaja.

Untuk ahli-ahli lembaga pemegang amanah pula, mereka mengambil RM5,000 seorang termasuk Pengurus Besarnya Ilham Marzuki. Beliau juga dapat bonus selaku Pengurus Besar.

Jika ahli-ahli lembaga tidak mengetahui dan tidak terlibat dengan perancangan kegiatan dan perbelanjaan besar, apakah yang mereka lakukan.

Bukankah meluluskan kegiatan dan perbelanjaan besar adalah dasar institusi dan dasar hanya diluluskan oleh lembaga pengarah – bukan timbalan pengurus besar atau jauh sekali pengurus besar jabatan perhubungan awam!

Dalam hal kedua-dua YS dan PKNS, nampaknya CEO iaitu Pengurus Besar macam kebal.

Mungkinkah kekebalan mereka tentulah kerana kedua-dua Pengerusi YS dan PKNS adalah Khalid Ibrahim.

Semoga status kebal tidak diikuti oleh bebal.! -15/11/2010


Pelik…Khalid tak berani bertindak terhadap Pengurus Besar Yayasan Selangor dan PKNS


OLEH ROSLAN BIAN
Haprak Setiap Masa

Sunday, November 14, 2010

PAS Kedah Keluarkan Fatwa Haram Media

Beberapa organisasi media, termasuk Malaysiakini dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi ini.

Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.

Helmi pada 11 November mengeluarkan surat kepada ketua biro semua media cetak dan elektronik yang berpengkalan di Alor Setar. Ia antaranya merungut tentang liputan berita yang didakwa dimanipulasi sesetengah pihak terhadap kerajaan pimpinan PAS itu.

Mohamad Yusoff Ahmad, pengawal keselamatan di luar bangunan DUN memberitahu, beliau tidak dapat memberikan kebenaran memasuki bangunan kepada sesiapa yang tidak termasuk dalam senarai yang dikeluarkan Hilmi.

"Saya hanya menjalankan tugas," katanya.

Sementara itu, seorang pemberita RTM negeri Samat Majid kelihatan diiring keluar daripada bangunan selepas berjaya memasukinya sebelum itu.

Petugas media berita harian Rahmat Othman, yang berkhidmat di kedah selama 16 tahun memberitahu perkara itu kali pertama berlaku
Sumber Bernama
Haprak Setiap Masa

Saturday, November 13, 2010

Syarat masuk sekolah asrama penuh kembali tujuan asal, kata Muhyiddin

YOKOHAMA, 13 Nov – Pemilihan pelajar-pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP) akan kembali berpandukan tujuan asal sekolah sedemikian diadakan, iaitu memilih mereka yang mendapat keputusan cemerlang daripada kalangan keluarga yang miskin, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"The 'cream' (yang terbaik) tapi di kalangan keluarga yang miskin. Itu adalah asas kenapa SBP diadakan. Asrama disediakan sebab tempat tinggal jauh untuk mudah mereka belajar. Pembiayaan kos juga agak rendah. Asas itu harus kita gunakan sekarang," kata beliau.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong bahawa hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang melanjutkan pelajaran di SBP.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Muhyiddin berkata kesukaran memasuki SBP bukan perkara baru kerana jumlah pelajar yang cemerlang agak ramai manakala tempat untuk SBP adalah terbatas iaitu sebanyak 7,000 sahaja.

"Oleh itu jangan rasa kecewa kalau tidak dapat tempat. Hakikatnya, kita tidak dapat menampung semua," kata Muhyidin yang berada di Jepun untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini.

Beliau berkata ramai yang berfikiran bahawa SBP adalah sekolah elit kerana sering mencapai keputusan yang baik walaupun sekolah-sekolah yang lain turut cemerlang.

Oleh itu, katanya ramai ibu bapa yang ingin anak mereka memasuki SBP sedangkan usaha untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran di semua sekolah sedang dilakukan sekarang.

"Kita tahu di kalangan SBT (sekolah berprestasi tinggi) bukan semuanya sekolah berasrama penuh. Tahun depan saya akan umum 30 sekolah lagi, sebahagian besarnya bukan berasrama penuh," katanya.

Terdapat 10 buah sekolah yang bertaraf SBT pada masa ini.
Haprak Setiap Masa

Friday, November 12, 2010

Pemilihan PKR Bagaikan Si Luncai Terjun Dengan Labunya

Perebutan jawatan timbalan presiden PKR - yang kini tinggal dua penjuru akibat pengunduran Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon timbalan presiden - dilihat akan lebih menarik dan panas.

Ini kerana, pelbagai persoalan berhubung impak pengunduran calon heavyweight itu masih mendebarkan dan penuh tanya tanya.

Tambahan lagi apabila penyelaras Pakatan Rakyat itu memulakan siri jelajah di seluruh negara, antaranya bagi menjelaskan 'kepincangan' Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) dan menjaja penubuhan 'Keadilan Baru'.

Ketika pemilihan PKR masih dihurung pelbagai kontroversi dan 'dihantui' peratusan keluar mengundi yang rendah, pengundian di 81 lagi cabang 12 pada Jumaat, 41 pada Sabtu dan 28 pada Ahad akan berlangsung seperti biasa mulai hari ini.

Pada minggu pertama pemilihannya PKR dua minggu lalu, peratusan keluar mengundi hanya sekitar sembilan peratus manakala pada minggu kedua hanya meningkat sedikit kepada 12 peratus.

Justeru, parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu dilihat tiada pilihan kecuali menggiatkan jumlah keluar mengundi bagi mengelakkan tanggapan proses '1 undi 1 anggota' itu disambut dingin kira-kira 400,000 ahlinya di seluruh negara.

Dan sasaran itu dilihat melalui jalan penuh berliku ketika calon popular setakat ini Azmin Ali sudah selesa dengan majoriti sebanyak 2,479 undi meninggalkan pencabarnya yang masih kekal Mustaffa Kamil Ayub.

Sumber Bernama
Haprak Setiap Masa

Wednesday, November 10, 2010

Bantuan Ehsan Bagi Mangsa Banjir Di Kedah

ALOR SETAR - Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kedah akan mengadakan mesyuarat pertamanya Jumaat ini bagi membincangkan mengenai pemberian bantuan ehsan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

Pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata jawatankuasa itu terdiri daripada 30 angggota termasuk wakil-wakil rakyat kawasan terlibat dan ketua-ketua jabatan yang berkenaan.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengadakan perbincangan bagi menentukan mekanisme pemberian bantuan ehsan dan cara mengedarkan borang untuk diisi oleh mangsa-mangsa banjir bagi mengenalpasti pihak yang layak menerima bantuan ehsan itu.

"Cadangan saya kita edarkan borang itu rumah ke rumah mangsa banjir. Ia akan kita laksanakan dalam masa seminggu. Selepas mereka memulangkan balik borang, kita akan tapis sebelum kita serahkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Daripada MKN ia akan dibawa kepada Kabinet...kalau Kabinet luluskan semua yang layak akan dapat bantuan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada operasi membersihkan kawasan yang dilanda banjir oleh sukarelawan BN dan Kelab Putera 1Malaysia serta Pelajar-pelajar IKBN Jitra

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata Umno negeri juga akan menyalurkan barangan makanan kepada mangsa banjir yang telah pulang ke rumah, yang dirasakan cukup untuk tempoh seminggu.

"Kita juga dah beritahu kepada kepada sukarelawan kita supaya memaklumkan bahawa bantuan makanan akan diberikan kerana kita sedar keadaan mangsa banjir memang susah walaupun banjir dah reda.

"Esok kita akan gerakkan lagi Pemuda, Wanita dan Puteri untuk beri bantuan sampai habis semua rumah yang terlibat menerima bantuan yang sewajarnya," katanya.
Haprak Setiap Masa

Tuesday, November 9, 2010

ABIM Di Liwat Anwar Ibrahim

1. Roda PKR kini makin berputar ke bawah sederas putaran pimpinan PKR membelit tentang isu Zaid Ibrahim. Biasa bagi mereka untuk terus menyalahkan siapa juga yang meninggalkan perjuangan AnWAR yang songsang itu. Bagi mereka AnWAR tetap 'maksum' dan 'suci, malahan mufti-mufti yang menegur AnWAR juga akan di tempelak.

2. Mustafa Kamil ketika menjadi setiausaha politik TS Muhyiddin di Kementerian Belia dan Sukan mahu melawan Ketua UMNO Pasir Salak. AnWAR seperti biasa main tarik tali. Setelah Mustafa tewas, AnWAR menyatakan Mustafa tidak pernah mendapat restunya malahan beliau melarang Mustafa melawan Ketua UMNO bahagian.

3. Begitu juga ketika Mustafa berhasrat mahu melawan Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden baru-baru ini, AnWAR melarang setelah Mustafa beria-ia serta mendapat sokongan fraksi ABIM dalam PKR. Malahan Mustafa telah dimaki oleh AnWAR! Sumber x-pkr memaklumkan, En. Romli Ishak yang menceritakan kepada beliau.

4. x-pkr tidak mengenali En. Romli Ishak, cuma dimaklumkan En. Romli adalah orang kanan Datuk Dr. Wan Ismail, bapa kepada Azizah. Menurut ceritanya lagi, fraksi ABIM dlm PKR telah bermesyuarat dan mahu menarik balik sokongan mereka kepada AnWAR. Namun seperti biasa AnWAR mudah saja mengendalikan mereka melalui pujukannya.

5. Tak tahu apa ayat-ayat cinta yang diguna AnWAR bagi mengaburi pandangan mereka. BAgi AnWAR, fraksi ABIM dalam PKR terlalu mudah dikendalikan. Panggil datang rumah, makan-makan, tunjuk muka kesian sikit, tepuk-tepuk bahu, selesai! Nyata AnWAR memanipulasi ketaksuban fraksi ABIM terhadapnya.

7. Setelah Zaid menggegar AnWAR dengan penarikan diri beliau, tindakan pertama AnWAR adalah memastikan Mustafa Kamil juga tidak berbuat demikian! Ini bagi menunjukkan imejnya bahawa ada demokrasi dalam PKR biarpun diselubungi penipuan. Yang penting bagi AnWAR, proses pertandingan jawatan no. 2 mesti berlaku.

8. Jika Mustafa juga tarik diri, maka hancurlah imej AnWAR di mata dunia. Beliau malu kerana saingan Azmin menarik diri kerana tidak percaya dengan sistem 'pertandingan' ciptaannya dalam PKR. AnWAR mahu sistem ciptaan beliau itu diteruskan kerana ia amat bergantung pencapaian beliau nanti.

9. Tidak kira b/mana perjalanan sistem itu nanti, yang penting bagi AnWAR adalah hasilnya. Beliau akan mendabik dada menyatakan Demokrasi tetap wujud dlm PKR. Kecacatan dalam sistem adalah tohmahan mrk yang cemburu atau masih boleh diperbaiki. Maka nanti sistem ciptaannya akan dicanang yang paling baik untuk demokrasi.

Jika Azmin menang percuma, ia tamparan hebat bagi AnWAR. Azmin juga begitu, beliau mahu besar bagi beri gambaran beliau diterima memang diterima ahli. Yang jadi mangsa serta dipijak-pijak adalah Mustafa yang jadi kambimg hitam menyelamatkan imej AnWAR. Sehingga cerita ini ditulis, Mustafa masih terus dipujuk oleh agen-agen AnWAR agar terus bertanding menentang Azmin biarpun AnWAR sendiri pada mulanya tidak mahu Mustafa bertanding........

Sumber Blogg X PKR
Haprak Setiap Masa

Monday, November 1, 2010

Rais Yatim Puji Blogger! Kecut Perut? @ Sindiran?

SANDAKAN, 1 Nov. – Berita yang disiarkan melalui laman web dan blog kebanyakannya menjurus kepada membantu Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata berita yang membantu ke arah memupuk semangat 1Malaysia bagi mencapai kesatuan dan menentukan suara rakyat lebih menggalakkan biarpun terdapat juga berita yang membantu parti pembangkang.

"Tidak kurang pandangan pembangkang dalam blog dan laman-laman web dengan menggunakan kata-kata pedas, malah pembohongan pun ada.

"Tetapi saya melihat pandangan umum dalam internet, lebih menjurus kepada apa yang BN kemukakan (berbanding) daripada pihak yang mengatakan yang bukan-bukan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi pilihan paya kecil Parlimen Batu Sapi di sini hari ini.

Pusat media itu, yang dikendalikan oleh 20 petugas Jabatan Penerangan, menjadi pusat rujukan petugas media yang membuat liputan pilihan raya kecil itu dengan kemudahan yang disediakan seperti 10 unit komputer dan perkhidmatan internet tanpa wayar (WiFi).

Terdahulu, Rais melawat warga tua kaum Cina di Bandar Ramai-Ramai di sini dan menyampaikan sumbangan hamper makanan kepada 22 warga tua
Haprak Setiap Masa