Monday, December 27, 2010

TERKINI - Senarai Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi BN Negeri

1.PERLIS
PENGERUSI - YAB DATO' SERI DR. MD ISA BIN SABU
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI SHAHIDAN KASSIM

2. KEDAH
PENGERUSI - YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH MD HANIPAH
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR

3. KELANTAN
PENGERUSI - YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
TIMB. PENGERUSI - YB SEN. DATO' DR AWANG ADEK HUSSIN

4. TERENGGANU
PENGERUSI - YAB DATO' SERI AHMAD BIN SAID
TIMB. PENGERUSI - YB YAHYA BIN KHATIB MOHAMAD

5. PULAU PINANG
PENGERUSI - YBHG DATO' HJ ZAINAL ABIDIN HJ OSMAN
TIMB. PENGERUSI - YB SENATOR DATUK HAJI MUSA HJ SHEIKH FADZIR

6. PERAK
PENGERUSI - YAB DATO' SERI DR. ZAMBRY B. ABD KADIR
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI HJ AHMAD HUSNI HANADZLAH

7. PAHANG
PENGERUSI - YAB DATO' SRI ADNAN BIN YAAKOB
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' HJ MOHD SHARKAR SHAMSUDIN

8. SELANGOR
PENGERUSI - YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABDUL RAZAK
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI NOH B. OMAR

9. W.PERSEKUTUAN
PENGERUSI - YAB TAN SRI DATO' MUHYIDDIN MOHD YASSIN
TIMB. PENGERUSI - YB. SEN. DATUK RAJA NONG CHIK DATO' RAJA ZAINAL ABIDIN

10. NEGERI SEMBILAN
PENGERUSI - YAB DATO' SERI UTAMA MOHAMAD HASSAN
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SHAZIMAN HAJI ABU MANSOR

11. MELAKA
PENGERUSI - YAB DATUK SERI MOHD ALI B. MOHD RUSTAM
TIMB. PENGERUSI - YB DATUK WIRA ABU SEMAN B. YUSOP

12. JOHOR
PENGERUSI - YAB DATO' HAJI ABDUL GHANI B. OTHMAN
TIMB. PENGERUSI - YB DATUK DR. HJ ABDUL LATIFF HAJI AHMAD

13. SABAH
PENGERUSI - YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ AMAN
TIMB. PENGERUSI - YBHG DATUK SP MOHD SALLEH TUN SAID
Haprak Setiap Masa

Wednesday, December 22, 2010

Najib Razak Ciplak Konsep 1 Malaysia?

DS Najib nafi ciplak konsep 1Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan bahawa konsep 1Malaysia diciplak dari negara lain.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai "pendustaan besar", Najib sebaliknya menegaskan konsep yang diperkenalkan sejak beliau mengambil-alih pentadbiran negara itu merupakan ciptaannya sendiri.

"Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain...ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini...tetapi tidak ada di dunia ada "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"," katanya ketikaberucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Kuala Lumpur, Selasa.

Bernama melaporkan dalam nada tegas, Najib berkata, kerajaan melangkah ke hadapan berasaskan kepada realiti dan bukannya sesuatu yang menjadi satu igauan atau yang direka.

"Amat mudah untuk kita buat sesuatu sebagai 'politik janji' tetapi apakahperkara itu yang berdasarkan pendekatan yang amat populis akhirnya akan menguntungkan kita atau sebaliknya?," soal beliau sinis.

Najib berkata, untuk membangunkan negara dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, harus mendokong dan melaksanakan dasar-dasar yang juga penuh tanggungjawab.

"Kerajaan bertanggungjawab memerlukan dasar-dasar yang bertanggungjawab...bukannya sesuatu yang kita lemparkan sebagai janji tetapi tidak berasas kepada realiti sebenar," katanya.

Najib sebelum ini dibidas beberapa pihak, khususnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya kerajaan, melalui firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide menciplak konsep 1Malaysia, berdasarkan konsep OneIsrael yang dicipta syarikat itu untuk Israel pada 1999.

Dakwaan itu menyebabkan Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati dakwaan itu tidak benar
Haprak Setiap Masa

Monday, December 20, 2010

Cerita Seorang Nenek Tua

Seorg Nenek, meng-sms cucunya: "Cu, Tolong miskol Nenek 10 x. Jngn replly sms ini. Miskol aja!".
Stlh di miskol 10 kali, dtng lagi sms dr Nenek: "Lg, Cu! 10 x!".
Tak lama kemudian dtg sms: "10 x lg, Cu. Terakhir!".
Ama Cucu diturutin aja.
Eh, dtng lg sms: "Maaf, Cu. Lagi!".
Krn penasaran, Cucu nelpon Neneknya: "Knapa, sih, Nek? Dr td cm minta di miskol?".
Jwb Nenek: "Gini, Cu. Vibrator Nenek Ilang, jadi nenek make HP aja bikin jadi vibrator.."
Haprak Setiap Masa

Sunday, December 12, 2010

Terkini - Nik Ajis Tenat

KOTA BHARU 12 Dis. _ Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak kelmarin kerana sakit pada bahagian belakang.

Anak keduanya, Nik Omar, 45, berkata, doktor telah meminta bapanya supaya 'berehat' di wad selepas menghadiri temujanji untuk pemeriksaan di hsopital berkenaan.
Haprak Setiap Masa

Wednesday, December 8, 2010

BN perlu Lebih Kuat

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Kemajuan negara akan lebih terjamin jika dasar kerajaan untuk mentransformasi negara didokong oleh sebuah parti politik yang kukuh, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, kejayaan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Ahad lepas akan menjadi sia-sia jika apa yang telah dicapai tidak dijadikan panduan dan pegangan oleh semua parti komponen.

"Saya lihat konvensyen ini telah membawa banyak kejayaan, kita harap ia akan jadi pegangan oleh semua parti dalam BN supaya ia bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan tetapi juga mengukuhkan prinsip kerjasama untuk membangunkan rakyat dan negara agar terus maju di tahun-tahun yang akan datang," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar "Peranan Agama dalam menangani masalah sosial" di sini hari ini.

Abdullah berkata apa yang penting dalam menjayakan dasar transformasi negara dan Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah keyakinan rakyat terhadap wujudnya sebuah parti yang kukuh.

"Tanpa kekuatan parti politik, tanpa komitmen daripada mereka terhadap apa yang kerajaan akan buat dan tanpa jaminan perpaduan di kalangan mereka sendiri, kita tidak mampu untuk mencapainya," katanya.
Haprak Setiap Masa

GEMPAR: Nik Aziz Tenat

Tuesday, 07 December 2010 23:58

.

Oleh Farah Deeba

Ini satu berita gempar yang Farah terima tengah malam ini...dimaklumkan seorang rakan dari Kelantan bahawa Nik Aziz sakit tenat malam ini dan terpaksa dibawa ke hospital.

Punca dikatakan kerana sesak nafas.

Nik Aziz dikatakan dibawa menggunakan ambulan malam tadi.

Setakat ini tidak banyak maklumat yang diperoleh namun keadaan beliau dikatakan tenat dan beliau ditempat di wad rawatan rapi Hospital

Sakit beliau ini dikatakan ada berhubung kait dengan sakit dialami ketika mengerjakan haji tahun ini. Beliau dikatakan gagal menyempurnakan ibadah berkenaan dan terpaksa membayar Dam (denda).

Nampaknya sakit mengikut beliau sehingga ke negara ini...

Walaupun mungkin berlainan haluan politik, mari bersamalah kita mendoakan kesejahteraan beliau.
Haprak Setiap Masa

Monday, December 6, 2010

Terkini - Khir Toyo Di Tahan SPRM

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira 9 pagi tadi.

Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali, berkata Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut.

Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan, penahanan Khir Toyo berkaitan dengan dakwaan bahawa beliau menerima rasuah berhubung pembelian tanah untuk "Istana Khir" iaitu rumah ala Bali miliknya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Khir Toyo, 45, menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan penjawat jawatan Menteri Besar yang termuda. - BERNAMA
Haprak Setiap Masa

Saturday, December 4, 2010

Gerakan Pinta UMNO Di Hapuskan

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata sudah tiba masa untuk Barisan Nasional (BN) menjadi sebuah parti politik tunggal yang mewakili semua rakyat Malaysia di negara ini.

Langkah seperti itu, katanya, bukan sahaja penting untuk masa depan gagasan itu tetapi juga menyatupadukan semua kaum dan memberi kelebihan kepada BN ke atas parti-parti pembangkang.

"Gerakan akan mendesak untuk merealisasikan idea itu di mana semua parti komponen dibubarkan dan ahli masing-masing hanya menjadi ahli BN," katanya pada perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan Kebangsaan di Menara PGRM di sini, Sabtu.

Katanya parti-parti komponen BN perlu mula menjadi parti tidak berasaskan perkauman dan meminda perlembagaan parti masing-masing bagi menerima ahli dari pelbagai bangsa dan agama.

"Dengan keahlian pelbagai kaum, kurang kemungkinan bagi mana-mana pemimpin memperjuangkan nasib sesuatu kaum sahaja di mana ia akan menjejaskan perpaduan kaum dan mungkin membiakkan rasa permusuhan antara kaum lain," katanya.

"Anda perlu bertanggungjawab kepada semua kaum dan tidak boleh mengadu domba antara kaum kerana semua adalah ahli anda," kata Chang.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, katanya, pada hakikatnya persetujuan BN meminda perlembagaannya bagi menerima keahlian terus dan ahli bersekutu adalah pengiktirafan kelebihan dan kemajuan parti bukan berasaskan perkauman.

"Sekarang pun, parti komponen sudah mula mengadakan aktiviti bagi semua kaum dan bukan semata-mata untuk kaum tertentu sahaja seperti sebelum ini.

"Ini adalah permulaan baik dan saya pasti rakyat akan bangga dan mula kembali semula ke BN," jelasnya. - BERNAMA
Haprak Setiap Masa

GERAKAN Minta BN Bubar! Niat Jahat

Timbalan presiden Gerakan, Chang Ko Youn berkata membubarkan parti-parti komponen BN adalah langkah pertama bagi menamatkan politik perkauman di negara ini.

Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, politik perkauman memecahbelahkan dan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan dalam masyrakat majmuk ini.

Saya gesa parti komponen BN mengkaji semula kedudukan mereka dan perlembagaan dengan membubarkan halangan perkauman dan meminda undang-undang bagi membolehkan semua rakyat Malaysia tanapa mengira bangsa, jantina, warna atau agama menjadi ahlinya, kata Chang.

Tambahnya, Gerakan juga mendesak semua parti komponen BN yang masih menerima kaum tertentu supaya meminda perlembagaan masing-masing dan menerima semua rakyat Malaysia.

Dalam jangka panjang, BN harus menjadi parti tunggal dan semua parti komponen dibubarkan dan semua ahli mereka hanya menjadi ahli BN sahaja.

Dacing berat sebelah

Ini akan menjadi satu lompatan besar ke arah politik bersatu rakyat Malaysia, katanya semasa menyampaikan ucapan polisi di persidangan perwakilan Belia dan wanita Gerakan, pagi ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, pula tidak memperdulikan kata-katanya dengan terus membidas simbol dacing BN yang dikatakannya berat sebelah, termasuk ke atas parti-parti komponen dalam gabungan itu sendiri.

Mungkin kita kalah dengan teruk pada pilihan raya 2008 kerana BN tidak dilihat sebagai adil, katanya sambil menambah bahawa jawatan-jawatan utama dalam BN hanya diboloti oleh satu atau dua parti sahaja.

BN sebagai satu komponen seharusnya membuat polisi-polisi untuk semua dan buaknnya untuk satu atau dua parti sahaja. Di negara ini, ada yang kata hak asasi kita masih bukan merupakan hak. Seperti contoh dalam pendidikan dan agama. Tidakkah sepatutnya semua parti dirujuk sebelum sesuatu keputusan dibuat? soalnya.

Lim juga mendesak parti Gerakan agar tidak menjejaki langkah Umno yang menangguhkan pemilihan parti dan berkata tindakan itu sesuatu proses pembaharuan yang tidak diperlukan' dan mengumpamakannya sebagai menjalani pemeriksaan badan yang lengkap.

Dalam penjelasannya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak) berkata bahawa ia dilakukan (penangguhan pemilihan pimpinan Umno) bukan kerana pilihan raya mengejut akan diadakan. Jadi Gerakan mesti terus dengan pemilihan sendiri.

Ia adalah proses bagi menghapuskan bahagian dan cawangan yang tidak aktif dan menggalakan pemimpin muda dan bertenaga dibawa masuk ke teras. Bagaimana kita tahu perwakilan kita masih aktif dengan parti jika tidak ada pemilihan diadakan?

Jadi bagi mencergaskan semula dan memberi tenaga baru kepada parti, kita mesti secara serius melihat kepada pemilihan dan tidak menundanya, kata Lim yang sudahpun mengumumkan beliau tidak akan bertanding semula.

Tindakan Najib yang sebelum ini mengumumkan bahawa Umno akan menangguhkan pemilihan parti itu kepada 18 bulan bagi memperkuatkan parti menimbulkan cakap-cakap kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan.
Haprak Setiap Masa

Wednesday, December 1, 2010

Tindakan Tegas Terhadap Perokok

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan kini menimbang melaksanakan langkah lebih tegas dalam menangani gejala rokok haram termasuk mengenakan tindakan terhadap orang ramai yang didapati membeli, memiliki dan menggunakan bahan itu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata kementerian juga menimbang untuk mengharamkan pengimportan rokok yang jenamanya sering ditemui di pasaran sebagai rokok yang dibawa masuk secara haram.

"Kita akan berbincang dengan penasihat undang-undang sama ada langkah-langkah ini termasuk mengenakan tindakan kepada orang ramai boleh dilaksanakan. Buat masa ini hanya peniaga sahaja dikenakan tindakan," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Dr Hasan berkata, langkah lain yang turut dipertimbang ialah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menarik balik atau membatalkan lesen peniaga yang didapati menjual rokok haram itu.

Katanya, semua langkah itu perlu bagi membendung kemasukan rokok haram ke negara ini yang dipercayai mencakupi 40 peratus daripada pasaran rokok tempatan.

Dr Hasan berkata, gejala rokok haram itu bukan saja menjejaskan pendapatan negara tetapi juga boleh mengancam kesihatan pengguna.

Katanya, ini kerana paras kandungan tar dan nikotina dalam rokok haram tidak dipantau dan parasnya mungkin jauh melebihi daripada yang dibenarkan.
"Kementerian juga tidak menolak kemungkinan ia turut mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya serta boleh menyebabkan pelbagai penyakit," katanya.

Dr Hasan berkata, sepanjang tahun ini sehingga Oktober lalu, pihaknya mengeluarkan 8,861 kompaun bernilai kira-kira RM1.9 juta kerana pelbagai kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Katanya, sebanyak 5,333 kes pula dibawa ke mahkamah dengan nilai rampasan RM148,723.37.

Sumber Bernama
Haprak Setiap Masa